Jawatan Kosong

  • Emynor Ehsan
  • 10 Feb

Jawatan Kosong - Online Sales Person (Lelaki)

Kami Salison Marketing mengalu-alukan calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan untuk memohon jawatan kosong sebagai Online Sales Person di premis kami:

==============================
CALON YANG DICARI:
==============================

(+) Penting* Memiliki minat untuk belajar ilmu online marketing.
(+) Berumur 20 tahun hingga 30 tahun.
(+) LELAKI BUJANG sahaja.
(+) Tiada pengalaman / Fresh Graduate digalakan memohon.
(+) Sikap SEMPOI atau FUNNY (Kerja bukan untuk stress)
(+) Menjaga solat 5 waktu setiap hari.
(+) Memiliki minimum SPM/diploma.
(+) Boleh berkerja dalam kumpulan dan sendiri (Dengan minimum pemantauan).
(+) Tidak membuat kerja dangan sambil lewa.
(+) Mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai matlamat (peribadi & syarikat)
(+) Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang dan balik.

.
==============================
SKOP KERJA YANG DIPERLUKAN:
==============================

1 - KERJA INI DENGAN BASIC RM1,200

(+) Menguruskan dan menyediakan stok/produk dari awal hingga akhir.
(+) Menguruskan dokumen parcel.
(+) Membungkus parcel.
(+) Menghantar parcel ke Poslaju/J&T/DHL atau memanggil pickup.
(+) Membuat kerja-kerja am yang lain.

2 - KERJA INI MENJANA KOMISYEN (TAK BUAT TIADA KOMISYEN)

(+) Belajar membuat fb ads, google ads dan shopee ads berserta dengan teknik-tekniknya.
(+) Menjalankan fb ads, google ads dan shopee ads.
(+) Membuat jualan.
(+) Menjana komisyen sehingga 10% - 20% mengikut produk.

.
=================================
MANFAAT DAN KELEBIHAN BERSAMA KAMI:
=================================

(+) Dijamin suasana kerja yang ceria & harmoni! (Fun & Enjoy)
(+) Komputer disediakan.
(+) Berkerja di pejabat.
(+) Berkerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu separuh hari.
(+) Berkerja dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
(+) Gaji Basic + Komisyen! RM1,200 + RMX,XXX.
(+) Komisyen diberikan jika berjaya buat jualan.
(+) Bajet iklan/marketing disediakan.
(+) Cuti tahunan, cuti sakit & cuti am.

.
===================================
DIMANAKAH PEJABAT SALISON MARKETING INI:
===================================

Pejabat Salison Marketing terletak di seksyen 7, bandar baru bangi, selangor. Berdekatan dengan pusat bandar, bandar baru bangi yang terdapat kemudahan awam yang pelbagai dan juga merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

.
====================================
CARA MEMOHON:
====================================

Jika anda benar-benar berminat dengan jawatan ini, ikuti langkah ini:

(+) Emelkan permohonan anda ke: emynor89@gmail.com
(+) Letakkan tajuk emel: Memohon Jawatan Online Sales Person Untuk Salison Marketing.
(+) Sila lampirkan sekali dokumen:
Resume anda.
Gambar Passport.

P/S: Permohonan melalui EMAIL sahaja yang akan DIPROSES. Bukan reply di mudah atau mohon melalui whatsapp.
P/P/S: Sila mohon jawatan ini kerana minat dalam bidang online marketing. Tolong jangan mohon kalau tiada minat.


Emynor Ehsan

Pengasas kepada Salison Marketing. Telah menjalankan perniagaan atas talian sejak tahun 2013. Tetapi telah berjaya menjana 1st sales atas talian pada tahun 2010. Sejak itu telah jatuh cinta pada online marketing.